Posts

Interest belum tentu Riba, Riba dah tentu Interest.

Bunyinya macam sesat kan? Ya, sesat jika kita hanya belajar tentang Riba tetapi tidak sedar takrifan riba moden itu sendiri dah diseleweng. Takrifan umum ialah "tiada riba jika pinjam RM800 bayar RM800". Sebelum kita nak mula kecam mengecam, mengharam jadahkan, mengkafirkan tajuk artikel ini, mari hayati kisah di bawah. Ahmad dan Bakar dua sahabat baik yang sama² setuju untuk menjauhkan diri dari riba. Satu ketika, Ahmad berada dalam kesusahan dalam bentuk kewangan. Ahmad berjumpa dengan Bakar untuk meminjam sedikit wang. Ahmad berhajat meminjam RM1000 daripada Bakar dan berjanji untuk membayar dalam masa 6 bulan. Bakar bersetuju. Sebelum menyerahkan wang tersebut, Bakar menyatakan akad meminjamkan Ahmad sebanyak 6 gram emas setara nilai RM1000 pada masa itu. Ahmad mengkabulkan akad menerima pinjaman 6 gram emas dalam bentuk matawang RM1000. Kawan mereka Kamal turut hadir menjadi saksi dan menjadi pencatat tanpa upah. Setiap bulan Ahmad berusaha membayar 1 gram emas dalam ben...

Bagaimana untuk memasak jika bekalan tong gas tiada?

Image
Sumber:  Nizami A K 1 9   M a y   a t   2 2 : 5 6    ·  Selain dari penyediakan tong gas tambahan, ada beberapa cara lagi untuk kita persiapkan; 1. Periuk elektrik 2. Induction stove 3. Portable gas stove 4. Dapur arang 5. Dapur kayu Saya sertakan gambar² pilihan portable gas stove. +6

Cara prep bagi pasangan yang degil tak nak prep.

Image
Credit : Nizami A K 25 May 2021   a t   0 1 : 2 3    ·  Cara prep bagi pasangan yang degil tak nak prep. 1. Guna alasan eksperimen bunuh kutu dalam beras. 2. Eksperimen ketahanan gula, tepung, garam dalam beg vakum baju. 3. Eksperimen perubahan rasa rempah ratus yang divakum. 4. Eksperimen keempukan pulut kukus selepas jalani rawatan vakum. 5. Ekperimen kesan pengeringan guna MA terhadap gula perang. 6. Kiraan hari ketahanan barang dapur apabila divakum. 7. Tambah apa² alasan, asalkan berjaya prep. Semuanya eksperimen..tanpa dikaitkan dengan bencana, shortage mahupun teori konspirasi. 8. Bonus; Kesan terhadap keboleh-cambahan biji kurma ajwa selepas diperam dalam persekitaran vakum selama dua tahun tiga bulan dengan kehadiran penyerap kelembapan dan penyerap oksigen dan disimpan dalam kondisi dingin, kering serta gelap. (bagi pasangan yang taksub saintologi). Kadang², orang alergik dengan cerita doom and gloom. Mereka dah penat kerah keringat untuk system, balik...

Hutang dan Ketidak Adilan.

Credit:  Nizami A K 2 1   J a n u a r y   2 0 1 9    ·  Saya meminati topik kewangan bukan sahaja kerana tarikan kepada nilai wang itu sendiri tetapi kerana betapa saya merasakan kewangan itu satu sistem yang tidak adil. Sebelum kita mengeluarkan apa2 persepsi, mari kita sama memahami satu kisah yang saya ingin ceritakan. Kami 4 beradik dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ayah saya ada prinsip tegas dalam hidup, salah satunya ialah beliau tidak berhutang. Semua benda seperti motor, rumah, perabot dan perkakas dapur dibeli tunai. Beliau mengumpul duit gaji sedikit demi sedikit agar dapat membeli sesuatu keperluan. Sebagai contoh, ibu kami memasak guna dapur arang sebelum ayah mampu membeli dapur gas. Rumah pun ayah bina sendiri sedikit demi sedikit setiap petang selepas balik kerja dan hari minggu. Jadi, pada satu2 masa, memang ayah ada simpanan duit untuk dikumpul mencukupkan satu2 keperluan. Semasa kami masih kecil dalam umur antara 3 hingga 7 tahun,...

Tatacara Prepping dan Konsep Gray Man.

Image
Credit : FB  Nizami A K 8   M a y   a t   2 3 : 1 2    ·   Basis (asas); Online : pembelian menggunakan laman web, akaun bank, duit maya, e-wallet, debit card, credit card, kad diskaun, kad loyalti, kad keahlian, pembelian atas talian(fb, whatsapp, telegram dll) serta semua jenis translaksi tanpa duit kertas tunai. Offline : pembelian hanya dengan menggunakan duit kertas tunai. Tanpa ada sebarang sangkutan perihal nama, nombor telefon, alamat dll. System : musuh yang jelas nyata selepas Syaitan. Barangan prep jenis tools ; barang² seperti peralatan khemah, portable stove, perkakasan pertukangan, solar, generator dll boleh dibeli menggunakan online dan offline kerana boleh dikategorikan sebagai sports, hobi, DIYers, percutian, reakrasi. Kategori ini tidak menimbulkan picu (trigger) kepada system. Barang simpan nilai (duit sebenar); barang² seperti jongkong, bar atau wafer emas, jongkong, bar atau wafer perak, barang kemas perhiasan, koin emas dan perak,...

Orang Paling Dungu Yang Mengorbankan Akhiratnya Untuk Kepentingan Para Thaghut Murtad !!

Maimun bin Mihran berkisah, قَالَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ لِجُلَسَائِهِ Suatu ketika Umar bin Abdul Aziz bertanya kepada orang-orang yang duduk disekitarnya, أَخْبِرُونِي بِأَحْمَقِ النَّاسِ؟ "Tahukah kalian, siapa orang yang paling dungu?" Mereka menjawab , رَجُلٌ بَاعَ آخِرَتَهُ بِدُنْيَاهُ "Orang yang paling dungu adalah yang mengorbankan akhiratnya demi kepentingan dunianya sendiri." Lantas beliau bertanya lagi,  أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَحْمَقَ مِنْهُ؟ "Ada yang lebih dungu dari itu, kalian mau tau?" بَلَى  "Tentu." Jawab mereka. Beliau berkata, رَجُلٌ بَاعَ آخِرَتَهُ بِدُنْيَا غَيْرِهِ " Orang yang mengorbankan akhiratnya demi kepentingan dunia orang lain." ( Hilyatul Aulia, 5/325 )